NOTIS MENURUT AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 (“NOTIS”)
1. Notis ini dikeluarkan menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta tersebut”). Bagi tujuan Notis ini, “Data Peribadi”, “pemprosesan” dan “pemproses data” hendaklah mempunyai maksud seperti yang didefinisikan dalam Akta tersebut.
2. Notis ini terpakai kepada mana-mana individu yang Data Peribadinya diproses oleh Tetuan Adnan Sundra & Low (selepas ini dirujuk sebagai “kami”) dan/atau oleh pemproses data kami bagi pihak kami.
3. Dalam Notis ini, “anda” hendaklah merujuk kepada anda sendiri dan individu-individu lain yang anda wakili yang mana anda membekalkan Data Peribadi, termasuk Data Peribadi pengarah-pengarah, pemegang-pemegang syer, pengurus-pegurus dan/atau pegawai-pegawai kepada sesebuah syarikat; Data Peribadi rakan-rakan kongsi, pengurus-pengurus dan/atau pegawai-pegawai kepada sesuatu perkongsian; Data Peribadi pegawai-pegawai kepada sesuatu persatuan, kelab atau badan tidak berkanun.
A. Sifat Data Peribadi
4. Data Peribadi yang diproses oleh kami dan/atau pemproses data kami boleh termasuk:-
a. nama, jantina, bangsa, tarikh lahir, kewarganegaraan, status pemastautin, nombor kad pengenalan, nombor pasport, status perkahwinan, alamat pos atau surat-menyurat, butir-butir cara hubungan termasuk nombor telefon bimbit, pejabat dan kediaman, nombor faks, alamat emel, perkerjaan atau profesion, maklumat-maklumat majikan, gambar, butir-butir hartanah, pegangan syer dan butir-butir pinjaman;
b. apa-apa jenis informasi yang relevan atau dikehendaki dalam perlantikan dan pembekalan khidmat undang-undang oleh kami kepada anda atau pematuhan kami kepada keperluan undang-undang dan peraturan; dan
c. apa-apa informasi tambahan yang anda bekalkan atau dibekalkan oleh pihak-pihak ketiga mengenai anda yang belum sedia ada di domain awam.
B. Tujuan Pengumpulan dan Pemprosesan Data Peribadi
5. Data Peribadi adalah dikumpul dan diproses oleh kami dan/atau pemproses data kami untuk tujuan-tujuan termasuk:
a. untuk mengesahkan identiti anda dan untuk berkomunikasi atau surat-menyurat dengan anda;
b. untuk menghantar bahan-bahan seperti surat-surat berita, artikel-artikel, karya-karya penulisan dan juga sebarang perkembangan-perkembangan kemaskini;
c. untuk mengedarkan informasi atau butir-butir acara-acara, seminar-seminar, persidangan-persidangan dan ceramah-ceramah yang mungkin anda minati;
d. untuk memberikan khidmat undang-undang kami dan untuk semua tujuan yang berkaitan dengan atau berhubungan perlantikan kami;
e. untuk memudahkan pematuhan kami kepada keperluan undang-undang dan peraturan;
f. untuk menguatkuasakan hak-hak perundangan dan tuntutan-tuntutan kami;
g. untuk tujuan-tujuan berkaitan dengan operasi, pentadbiran, penyimpanan rekod, bil dan pengumpulan, audit, laporan dan penyiasatan kami;
h. bagi pencegahan dan pengesanan jenayah atau bagi tujuan penyiasatan aktiviti-aktiviti jenayah, contohnya pencegahan kegiatan-kegiatan penggubahan wang haram;
i. bagi membuat apa-apa pendedahan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang atau peraturan-peraturan, perintah mahkamah atau proses perundangan;
j. untuk menghantar sebagai sumber rujukan berpotensi kepada (i) editor-editor/penyelidik-penyelidik dalam penerbitan bahan-bahan perundangan dan jurnal-jurnal dan/atau (ii) klien-klien/bakal klien-klien yang meminta rujukan kerja-kerja terdahulu pihak kami;
k. untuk sebarang tujuan sah di bawah undang-undang yang bersampingan atau berkaitan atau sebagai tambahan kepada tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas.
C. Sumber Data Peribadi
6. Data Peribadi adalah dikumpul daripada pelbagai sumber termasuk tetapi tidak terhad kepada:
a. informasi yang telah anda bekalkan semasa bermulanya perlantikan kami dan, dari semasa ke semasa, sepanjang perlantikan atau komunikasi dengan pihak kami, dengan apa jua cara dan/atau dalam apa jua cara;
b. informasi daripada domain awam, agensi-agensi pelaporan kredit, jabatan atau agensi-agensi kerajaan, pendaftar-pendaftar awam, media sosial dan penerbitan-penerbitan; dan
c. informasi yang diperolehi secara bebas oleh pihak kami daripada sumber-sumber yang sah dari segi undang-undang.
D. Pendedahan atau Pindahan Data Peribadi
7. Data Peribadi yang dibekalkan kepada kami boleh kami dedahkan kepada pihak-pihak ketiga berikut, bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas:
a. mana-mana pihak seperti yang anda arahkan atau setuju;
b. mana-mana pihak yang dikehendaki sepanjang pembekalan khidmat undang-undang kami termasuk tetapi tidak terhad kepada pihak-pihak berbalas, penasihat-penasihat lain, institusi-insititusi kewangan, badan-badan kawal selia dan lain-lain;
c. mana-mana pihak yang dikehendaki bagi tujuan pematuhan kami kepada keperluan undang-undang dan peraturan;
d. mana-mana pihak yang dikehendaki bagi tujuan penguatkuasaan hak-hak perundangan dan tuntutan-tuntutan kami;
e. pemproses data kami yang memproses Data Peribadi bagi pihak kami; dan
f. konsultan-konsultan, peguam-peguam, juruaudit-juruaudit, pekerja-pekerja, syarikat-syarikat insurans dan mana-mana pihak yang mempunyai tanggungjawab kerahsiaan kepada pihak kami.
8. Data Peribadi yang dibekalkan kepada kami juga boleh dipindahkan ke dan/atau disimpan di suatu tempat di luar Malaysia bagi tujuan-tujuan dan/atau kepada pihak-pihak ketiga seperti yang dinyatakan di atas.
E. Akibat-Akibat Ketidakbekalan Data Peribadi
9. Pembekalan Data Peribadi adalah secara sukarela. Anda juga boleh memilih untuk mengehadkan cara bagaimana Data Peribadi yang dibekalkan kepada kami boleh diproseskan oleh pihak kami.
10. Namun, sekiranya Data Peribadi yang anda berikan adalah tidak mencukupi atau tidak memuaskan, atau sekiranya anda mengehadkan cara bagaimana Data Peribadi anda boleh diproseskan, atau anda kemudiannya menarikbalik kebenaran anda kepada kami untuk memproses Data Peribadi anda, ia mungkin akan menyebabkan kami tidak dapat berkomunikasi dan berhubung dengan anda dan/atau tidak dapat memberikan khidmat undang-undang kami kepada anda di bawah sebarang perjanjian atau perancangan yang berpotensi atau wujud dengan anda.
F. Keselamatan dan Penyimpanan Data Peribadi
11. Kami akan mengambil semua langkah praktikal, semasa memproses Data Peribadi yang dibekalkan kepada kami, untuk melindungi keselamatan Data Peribadi tersebut.
12. Kami akan menyimpan Data Peribadi anda selaras dengan Notis ini sepanjang tempoh hubungan anda dengan kami atau untuk tempoh yang kami anggap perlu bagi melindungi kepentingan-kepentingan kami, yang selainnya dikehendaki di bawah apa-apa undang-undang, peraturan-peraturan dan/atau keperluan-keperluan.
13. Kami akan mengambil semua langkah yang munasabah dalam memastikan semua Data Peribadi adalah dimusnahkan atau dikeluarkan secara kekal sekiranya ianya tidak lagi diperlukan bagi tujuan ianya diproses.
G. Data Peribadi yang Anda Bekalkan
14. Dengan membekalkan Data Peribadi kepada kami, anda dengan ini bersetuju dengan kami memproses Data Peribadi tersebut berdasarkan Notis ini dan Akta tersebut.
15. Berkenaan Data Peribadi mana-mana pihak ketiga yang anda bekalkan kepada kami yang mana ianya belum lagi sedia ada di domain awam, anda dengan ini mengesahkan bahawa anda telah mendapatkan kebenaran beliau bahawa anda membekalkan Data Peribadi tersebut kepada kami bagi tujuan-tujuan sepertimana yang dinyatakan dalam Notis ini dan bahawa Data Peribadi tersebut boleh didedahkan kepada pihak-pihak sepertimana yang dinyatakan dalam Notis ini.
16. Sila ambil perhatian bahawa anda bertanggungjawab bagi memastikan bahawa Data Peribadi yang dibekalkan kepada kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan adalah dikemaskini. Data Peribadi yang dikumpul dan diproses oleh kami adalah dianggap tepat sehingga dan melainkan jika anda memaklumkan sebaliknya kepada kami secara bertulis.
H. Akses dan Pembetulan kepada Data, Pertanyaan dan Aduan
17. Anda boleh, setakat mana ianya dibenarkan oleh Akta tersebut dan setelah pembayaran fi yang ditetapkan:
a. meminta akses kepada Data Peribadi yang anda berikan;
b. meminta supaya Data Peribadi yang anda berikan dibetulkan sekiranya Data Peribadi berkenaan adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak kemaskini.
18. Sekiranya:
a. anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan Notis ini atau aduan berkenaan Data Peribadi yang anda bekalkan; atau
b. anda ingin mendapat akses kepada Data Peribadi yang anda bekalkan; atau
c. anda ingin membuat pembetulan ke atas Data Peribadi yang anda bekalkan; atau
d. anda ingin menarikbalik kebenaran anda kepada kami untuk memproses Data Peribadi anda bagi apa-apa tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini; atau
e. anda ingin menarikbalik kebenaran anda kepada kami untuk mendedahkan Data Peribadi anda kepada mana-mana pihak yang dinyatakan dalam Notis ini;
sila hantar permintaan anda secara bertulis kepada:
Office Manager
Tetuan Adnan Sundra & Low
Tingkat 25, Menara Etiqa
No. 3, Jalan Bangsar Utama 1,
59000 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-2279 3288
Faks: 03-2279 3228
Emel: enquiry@adnansundralow.com
19. Kami merizabkan hak-hak kami untuk menolak permintaan anda bagi mendapat akses dan/atau permintaan anda untuk membuat pembetulan tersebut dalam keadaan-keadaan yang dibenarkan di bawah Akta tersebut, di mana kami akan memaklumkam anda sewajarnya secara bertulis.
I. Pindaan-Pindaan kepada Notis
20. Notis ini boleh dipinda dari semasa ke semasa. Dengan anda berterusan untuk mendapatkan khidmat undang-undang kami atau berkomunikasi dengan kami setelah apa-apa pindaan kepada Notis ini, ia akan mengesahkan dan menunjukkan penerimaan anda ke atas pindaan-pindaan ke atas Notis ini.
J. Pelbagai
21. Sekiranya terdapat percanggahan atau pertikaian antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia untuk Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.